Instalasi CMS Joomla secara Otomatik menggunakan iVista
Print

iVista adalah sebuah perisian pemudah instalasi CMS (web bersistem) yang akan memudahkan pengguna baru untuk memasang sebuah CMS dengan cepat dan mudah. Seperti saingannya (Fantastico), iVista disediakan dengan pelbagai pilihan CMS yang telah tersedia untuk dimasukkan.

Langkah-langkah instalasi CMS Joomla menggunakan iVista

1. Buka halaman VistaPanel (http://cpanel.hyperphp.com) > login menggunakan akaun anda (akaun HyperPHP).


2. Pada halaman VistaPanel klik pada iVista- Easy Script Installer



3. Pilih alamat Domain anda (sekiranya ada) > Klik butang Proceed



4. Cari CMS yang anda perlukan dari senarai.



5. Klik butang Install Now pada baris Joomla (jika anda ingin install Joomla sebagai CMS. Pilih versi yang terkini)



6. Pilih destinasi instalasi CMS anda. Biarkannya sebagai “ / ” untuk menjadikannya halaman utama (Tambahkan “ /nama_folder ” sekiranya anda ingin menyimpannya di dalam folder khas seperti :- http://kelasjoomla.hyperphp.com/nama_folder)



7. Paparan di bawah akan terpapar sekiranya instalasi CMS anda berjaya



8. Klik pada alamat Script installation URL untuk melihat hasilnya (seperti:- http://kelasjoomla.hyperphp.com/nama_folder)



9. Klik pada alamat Script Admin CP untuk login pengurusan (seperti:- http://kelasjoomla.hyperphp.com/nama_folder/administrator)



10. Untuk login sebagai pengurus system; Masukkan Username: admin dan Password: katalaluan_hyperphp_anda



11. Paparan berikut akan terpapar sekiranya login anda berjaya!

Pengarang: Syamsul telah bekerja di Kolej Komuniti Sabak Bernam sejak tahun 2004 dan mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai kursus berkaitan diagnosis komputer, rangkaian komputer, multimedia, serta pembangunan halaman web. Blog ini dibina sebagai tapak perkongsian ilmu berkaitan Joomla yang beliau terokai.