Artikel Terkini
Perubahan yang amat ketara dalam Joomla versi 1.6 bukan sahaja melihatkan teras kepada sistem Joomla tetapi juga kepada integrasi extension dan template ke dalam Joomla. Oleh itu, secara umumnya, kebanyakan extension dan template sedia ada untuk Joomla 1.5 tidak lagi serasi atau boleh digunakan di dalam Joomla versi baru ini!Bagaimana jika sekiranya anda telah berpenat lelah menghasilkan sebuah template yang baik untuk Joomla 1.5 tetapi berminat (atau mungkin diarahkan) untuk menaik taraf (upgrade) sistem kepada Joomla 1.6 ? Jawapannya: naik taraf (olah kod) Template anda agar serasi Joomla 1.6. Ikuti petua berikut yang mungkin membantu anda memendekkan masa untuk menaik taraf Template anda. (Panduan ini telah di ambil dari Halaman Ini)
Buka template anda (templateDetails.xml) menggunakan editor teks dan buat perubahan berikut:
1. Tambah kod pengenalan fail XML
- daripada:
<?xml version="1.0" encoding="utf-8"?>
- kepada:
<?xml version="1.0" encoding="utf-8"?>
<!DOCTYPE install PUBLIC "-//Joomla! 1.6//DTD template 1.0//EN" "http://www.joomla.org/xml/dtd/1.6/template-install.dtd">
(makluman: sehingga artikel ini ditulis, alamat semakkan http://www.joomla.org/xml/dtd/1.6/template-install.dtd masih belum berfungsi...)
2. Kod install
- daripada:
<install version="1.5" type="template">
...
</install>
- kepada:
<extension version="1.6" type="template" method="upgrade">
...
</extension>
3. Kod Bahasa
- daripada:
<languages>
<language tag="[ln-LN]">[ln-LN].tpl_[template_name].ini</language>
</languages>
<administration>
<languages>
<language tag="[ln-LN]">admin/[ln-LN].tpl_[template_name].ini</language>
</languages>
</administration>
- kepada:
<languages>
<language tag="[ln-LN]">[ln-LN].tpl_[template_name].ini</language>
</languages>
4. Kod pembolehubah
- daripada:
<params>
<param></param>
</params>
- kepada:
<config>
<fields name="params">
<fieldset name="basic">
<field></field>
</fieldset>
<fieldset name="foobar">
<field></field>
</fieldset>
</fields>
</config>
Secara umumnya, ada 2 kaedah instalasi Joomla:- Install DENGAN sample data
- Install TANPA sample data
Sekiranya anda install Joomla TANPA sample data; Anda mempunyai hak penuh untuk menentukan apa yang akan dipaparkan dalam halaman Joomla anda. Ini bermakna anda boleh menentukan jumlah menu, jenis menu, apa yang akan berada di muka hadapan halaman anda, dan macam-macam lagi.
Tetapi sekiranya anda memilih instalasi Joomla DENGAN sample data; Anda akan memiliki halaman Joomla dengan contoh data serta paparan default (tersedia) yang mungkin sukar diubahsuai (sekiranya anda kurang berpengalaman). Antara yang dapat anda lihat adalah tajuk utama Welcome to the Frontpage pada halaman utama Joomla! Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengubah tajuk halaman utama ini:
Login ke dalam sistem pengurusan Joomla

Klik pautan Menus > Main Menu

Klik pautan Home

Klik pautan Parameters (System) > dan masukkan Tajuk baru anda pada ruang Page Title

-
Artikel Pilihan
-
Ulasan Terkini
-
Tutorial Lain :
-
Apa itu halaman web? - Halaman Web (atau website) adalah dokumen digital yang diterbitkan ke dalam internet. Sesebuah halaman web dihasilkan dan diterbitkan menggunakan teknologi...15 tahun yang lalu
-
Tutorial Swish Max 3 (siri 1) - *Penghasilan Montaj Latar Majlis* 1. Buka aplikasi Swish Max 2. Pilih template Movie (800x600) 3. Pada panel Properties, klik butang Movie Properties 4. ...15 tahun yang lalu
-
Template Designer - Pengurusan Template Blogger Terbaru - Blogger, salah sebuah portal penyedia perkhidmatan blog kini telah memperkenalkan satu fungsi baru yang dinamakan sebagai Template Designer. Template Des...16 tahun yang lalu
-


0
