Ubah Tajuk muka hadapan Joomla?
Secara umumnya, ada 2 kaedah instalasi Joomla:
- Install DENGAN sample data
- Install TANPA sample data
Sekiranya anda install Joomla TANPA sample data; Anda mempunyai hak penuh untuk menentukan apa yang akan dipaparkan dalam halaman Joomla anda. Ini bermakna anda boleh menentukan jumlah menu, jenis menu, apa yang akan berada di muka hadapan halaman anda, dan macam-macam lagi.
Tetapi sekiranya anda memilih instalasi Joomla DENGAN sample data; Anda akan memiliki halaman Joomla dengan contoh data serta paparan default (tersedia) yang mungkin sukar diubahsuai (sekiranya anda kurang berpengalaman). Antara yang dapat anda lihat adalah tajuk utama Welcome to the Frontpage pada halaman utama Joomla! Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengubah tajuk halaman utama ini:
Login ke dalam sistem pengurusan Joomla
Klik pautan Menus > Main Menu
Klik pautan Home
Klik pautan Parameters (System) > dan masukkan Tajuk baru anda pada ruang Page Title
Pengarang: Syamsul telah bekerja di Kolej Komuniti Sabak Bernam sejak tahun 2004 dan mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai kursus berkaitan diagnosis komputer, rangkaian komputer, multimedia, serta pembangunan halaman web. Blog ini dibina sebagai tapak perkongsian ilmu berkaitan Joomla yang beliau terokai.
0 ulasan