Artikel Terkini
Bermula 4 Jun 2011 lalu, Joomla versi ujian (Alpha) 1.7 sudah boleh dimuat turun untuk diuji. Joomla 1.7 Alpha adalah versi percubaan dan TIDAK SESUAI untuk digunakan pada laman web sebenar! Versi Alpha ini juga dicadangkan untuk diuji oleh mereka yang lebih berpengalaman sahaja. Berikut adalah jadual perjalanan pembangunan Joomla sebagai rujukan:
Bagi mereka yang ingin menggunakan Joomla 1.7 pada laman web sebenar, tunggu hingga Januari 2012! Joomla 1.7 yang stabil dijangka akan dilancarkan seawal tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda sudah tidak sabar untuk mengujinya, klik pautan di bawah untuk muat turun Joomla 1.7 Alpha:
http://joomlacode.org/gf/project/joomla/frs/?action=FrsReleaseBrowse&frs_package_id=5940
Dipetik dari: http://www.joomla.org/announcements/release-news/5372-joomla-17-alpha-released.html
- 05 June - Joomla alpha 1 released for public testing
- 10 June - Feature freeze to prepare for beta release
- 13 June - Joomla beta 1 to be released for public testing
- 27 June - Joomla beta 2 to be released for public testing
- 4 July - Version 11.1 of the Joomla Platform to be released
- 10 July - Joomla 1.7 GA released
- 10 August - Joomla 1.6 reaches end of life and is no longer supported
- January 2012 - Next version of Joomla is released
- April 2012 - Joomla 1.5 reaches end of life
Bagi mereka yang ingin menggunakan Joomla 1.7 pada laman web sebenar, tunggu hingga Januari 2012! Joomla 1.7 yang stabil dijangka akan dilancarkan seawal tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda sudah tidak sabar untuk mengujinya, klik pautan di bawah untuk muat turun Joomla 1.7 Alpha:
http://joomlacode.org/gf/project/joomla/frs/?action=FrsReleaseBrowse&frs_package_id=5940
Dipetik dari: http://www.joomla.org/announcements/release-news/5372-joomla-17-alpha-released.html

Joomla 1.6 kini telah sedia untuk dimuat turun! Sejak 10 Januari 2011 lalu, Joomla versi terkini telah dilancarkan secara rasminya. Seperti pada versi percubaan 1.6, perubahan pada struktur artikel mungkin menjadi isu bagi pengguna lama Joomla versi 1.5.
» Muat turun Joomla 1.6 terkini DI SINI
» Lihat demontrasi Joomla 1.6 DI SINI
» Buka maklumat lanjut berkenaan Joomla 1.6
Tepat tanggal 14 Disember 2010, komuniti Joomla telah dihidangkan dengan versi percubaan terkini Joomla 1.6 RC1 (Release Candidate 1); lewat sehari dari jadual sepatutnya. Sekiranya tiada isu besar dijumpai, versi Joomla 1.6.0 sebenar dijangka bakal dilancarkan seawal 10 Januari 2010.» Muat Turun Joomla 1.6 RC1
KelasJoomla akan menyediakan tutorial khas bagi versi Joomla 1.6 RC1 ini sebagai persediaan untuk anda menggunakannya kelak apabila versi sebenar Joomla 1.6.0 dilancarkan kelak (",)

Extension (pengembang) seperti namanya, berfungsi untuk menambah nilai fungsi sedia ada Joomla. Dengan penambahan entension yang betul, sistem Joomla anda akan berfungsi dengan optimum dan berupaya memberikan hasil persembahan terbaik! Secara umumnya, terdapat 5 Extension utama Joomla:
1. Komponen
Komponen adalah extension besar yang boleh mempengaruhi cara paparan halaman Joomla. Setiap komponen boleh diubahsuai untuk menghasilkan paparan dalam pelbagai bentuk persembahan. Setiap komponen biasanya akan mempunyai nama yang dimulakan dengan com_xxx.
2. Modul
Adalah satu kandungan blok kecil yang boleh dipaparkan pada kedudukan tertentu dalam halaman Joomla. Contoh modul adalah:- menu, login, fungsi carian, dan imej rawak. Teras Joomla sebenarnya telah tersedia dengan lebih kurang 17 jenis modul yang berbeza. Setiap modul biasanya mempunyai nama yang dimulakan dengan mod_xxx dan bila dipaparkan, ia akan mempunyai tajuk. Tajuk ini biasanya diambil berdasarkan nama modul tersebut.
3. Plugins
Plugins adalah extension kecil berorientasikan tugas yang berfungsi untuk menambahkan fungsi Joomla. Sebahagiannya bergantung kepada extension lain untuk berfungsi dan sebahagian lagi (seperti editor teks) akan digunakan secara meluas dalam hampir setiap halaman Joomla.
4. Template
Template akan menentukan bagaimana halaman Joomla dipersembahkan secara grafik. Ia menentukan rekaletak (layout), warna, jenis tulisan, grafik dan pelbagai lagi aspek untuk menjadikan halaman Joomla anda unik. Instalasi Joomla biasanya telah didatangkan dengan 3-4 jenis template.
5. Languages
Joomla biasanya akan diinstall dengan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh mengubahnya kepada bahasa lain bergantung kepada keberadaan pakej bahasa yang diperlukan. Terjemahan (pakej bahasa) akan disimpan di dalam sistem pengurusan extension Joomla dan boleh diuruskan menggunakan sistem pengurusan bahasa (language manager).
Joomla kini telah tiba dengan versi terkini 1.6 (beta). Sekali imbas, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat pada paparan antaramukanya berbanding versi 1.5.

Antara perubahan yang ada pada versi 1.6 (beta) ini ialah:
- Tiada lagi section! Hanya ada category dan sub-category (tanpa had).
- Setiap category / artikel boleh dimasukkan ruang komentar.
- Kawalan capaian artikel pelbagai tahap. Ini membolehkan pembangunan halaman-halaman yang hanya boleh dicapai bergantung kepada tahap kebenaran yang ditetapkan untuk pengguna.
- Bacaan Lanjut Perbezaan Joomla v1.5 vs Joomla v1.6
- Bacaan Lanjut Ciri-ciri Joomla v1.6
- Bacaan Lanjut Komponen Joomla v1.6
» KLIK DI SINI untuk melihat demo Joomla 1.6
Makluman: Joomla 1.6 RC1 (Release Candidate 1) dijangka akan dilancarkan seawal 13 Disember 2010
-
Artikel Pilihan
-
Ulasan Terkini
-
Tutorial Lain :
-
Apa itu halaman web? - Halaman Web (atau website) adalah dokumen digital yang diterbitkan ke dalam internet. Sesebuah halaman web dihasilkan dan diterbitkan menggunakan teknologi...15 tahun yang lalu
-
Tutorial Swish Max 3 (siri 1) - *Penghasilan Montaj Latar Majlis* 1. Buka aplikasi Swish Max 2. Pilih template Movie (800x600) 3. Pada panel Properties, klik butang Movie Properties 4. ...15 tahun yang lalu
-
Template Designer - Pengurusan Template Blogger Terbaru - Blogger, salah sebuah portal penyedia perkhidmatan blog kini telah memperkenalkan satu fungsi baru yang dinamakan sebagai Template Designer. Template Des...15 tahun yang lalu
-



0