Joomla versi 1.6 (Beta 15) siap untuk diuji!
Print

Joomla kini telah tiba dengan versi terkini 1.6 (beta). Sekali imbas, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat pada paparan antaramukanya berbanding versi 1.5.

Antara perubahan yang ada pada versi 1.6 (beta) ini ialah:

  1. Tiada lagi section! Hanya ada category dan sub-category (tanpa had).
  2. Setiap category / artikel boleh dimasukkan ruang komentar.
  3. Kawalan capaian artikel pelbagai tahap. Ini membolehkan pembangunan halaman-halaman yang hanya boleh dicapai bergantung kepada tahap kebenaran yang ditetapkan untuk pengguna.

» KLIK DI SINI untuk melihat demo Joomla 1.6

Makluman: Joomla 1.6 RC1 (Release Candidate 1) dijangka akan dilancarkan seawal 13 Disember 2010

Pengarang: Syamsul telah bekerja di Kolej Komuniti Sabak Bernam sejak tahun 2004 dan mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai kursus berkaitan diagnosis komputer, rangkaian komputer, multimedia, serta pembangunan halaman web. Blog ini dibina sebagai tapak perkongsian ilmu berkaitan Joomla yang beliau terokai.