Apakah Extensions yang ada dalam Joomla?
Print


Extension (pengembang) seperti namanya, berfungsi untuk menambah nilai fungsi sedia ada Joomla. Dengan penambahan entension yang betul, sistem Joomla anda akan berfungsi dengan optimum dan berupaya memberikan hasil persembahan terbaik! Secara umumnya, terdapat 5 Extension utama Joomla:

1. Komponen
Komponen adalah extension besar yang boleh mempengaruhi cara paparan halaman Joomla. Setiap komponen boleh diubahsuai untuk menghasilkan paparan dalam pelbagai bentuk persembahan. Setiap komponen biasanya akan mempunyai nama yang dimulakan dengan com_xxx.

2. Modul
Adalah satu kandungan blok kecil yang boleh dipaparkan pada kedudukan tertentu dalam halaman Joomla. Contoh modul adalah:- menu, login, fungsi carian, dan imej rawak. Teras Joomla sebenarnya telah tersedia dengan lebih kurang 17 jenis modul yang berbeza. Setiap modul biasanya mempunyai nama yang dimulakan dengan mod_xxx dan bila dipaparkan, ia akan mempunyai tajuk. Tajuk ini biasanya diambil berdasarkan nama modul tersebut.

3. Plugins
Plugins adalah extension kecil berorientasikan tugas yang berfungsi untuk menambahkan fungsi Joomla. Sebahagiannya bergantung kepada extension lain untuk berfungsi dan sebahagian lagi (seperti editor teks) akan digunakan secara meluas dalam hampir setiap halaman Joomla.

4. Template
Template akan menentukan bagaimana halaman Joomla dipersembahkan secara grafik. Ia menentukan rekaletak (layout), warna, jenis tulisan, grafik dan pelbagai lagi aspek untuk menjadikan halaman Joomla anda unik. Instalasi Joomla biasanya telah didatangkan dengan 3-4 jenis template.

5. Languages
Joomla biasanya akan diinstall dengan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh mengubahnya kepada bahasa lain bergantung kepada keberadaan pakej bahasa yang diperlukan. Terjemahan (pakej bahasa) akan disimpan di dalam sistem pengurusan extension Joomla dan boleh diuruskan menggunakan sistem pengurusan bahasa (language manager).

Pengarang: Syamsul telah bekerja di Kolej Komuniti Sabak Bernam sejak tahun 2004 dan mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai kursus berkaitan diagnosis komputer, rangkaian komputer, multimedia, serta pembangunan halaman web. Blog ini dibina sebagai tapak perkongsian ilmu berkaitan Joomla yang beliau terokai.