Joomla 1.7 Alpha sedia untuk diuji
Bermula 4 Jun 2011 lalu, Joomla versi ujian (Alpha) 1.7 sudah boleh dimuat turun untuk diuji. Joomla 1.7 Alpha adalah versi percubaan dan TIDAK SESUAI untuk digunakan pada laman web sebenar! Versi Alpha ini juga dicadangkan untuk diuji oleh mereka yang lebih berpengalaman sahaja. Berikut adalah jadual perjalanan pembangunan Joomla sebagai rujukan:- 05 June - Joomla alpha 1 released for public testing
- 10 June - Feature freeze to prepare for beta release
- 13 June - Joomla beta 1 to be released for public testing
- 27 June - Joomla beta 2 to be released for public testing
- 4 July - Version 11.1 of the Joomla Platform to be released
- 10 July - Joomla 1.7 GA released
- 10 August - Joomla 1.6 reaches end of life and is no longer supported
- January 2012 - Next version of Joomla is released
- April 2012 - Joomla 1.5 reaches end of life
Bagi mereka yang ingin menggunakan Joomla 1.7 pada laman web sebenar, tunggu hingga Januari 2012! Joomla 1.7 yang stabil dijangka akan dilancarkan seawal tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda sudah tidak sabar untuk mengujinya, klik pautan di bawah untuk muat turun Joomla 1.7 Alpha:
http://joomlacode.org/gf/project/joomla/frs/?action=FrsReleaseBrowse&frs_package_id=5940
Dipetik dari: http://www.joomla.org/announcements/release-news/5372-joomla-17-alpha-released.html
Pengarang: Syamsul telah bekerja di Kolej Komuniti Sabak Bernam sejak tahun 2004 dan mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai kursus berkaitan diagnosis komputer, rangkaian komputer, multimedia, serta pembangunan halaman web. Blog ini dibina sebagai tapak perkongsian ilmu berkaitan Joomla yang beliau terokai.
0 ulasan