Bangunkan tema (template) anda sendiri
Print

Adakah template yang anda gunakan tidak lagi sesuai dengan keperluan anda? Rekabentuknya atau warnanya sukar diubah menggunakan Template Manager Joomla? Mungkin sudah sampai masa anda membina Template anda sendiri!

Untuk tujuan ini, anda memerlukan bantuan perisian khas bagi membina template yang serasi Joomla. Secara umumnya, template adalah lakaran asas yang akan menentukan di mana sesuatu komponen harus diletakkan dan bagaimana ia diletakkan di situ. Untuk Joomla, ada beberapa komponen (menu, artikel, modul) yang telah tersedia di dalamnya; Dan template yang akan dimasukkan harus menyediakan ruang untuk meletakkan komponen-komponen ini.

Ada beberapa perisian yang boleh membantu anda:


1. NeoJoomlaBar (Joomla 1.0.x)

NeoJoomlaBar ini sesuai bagi pengguna produk pengarang web Dreamweaver! Walau bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk Joomla versi 1.0.x sahaja...


2. J!Template Builder (Joomla 1.0.x)

J!Template Builder ini sesuai bagi mereka yang mungkin pernah menggunakan perisian pengarangan web percuma NVU / Komposer! Walau bagaimanapun, ia juga hanya serasi untuk Joomla versi 1.0.x...



3. Template Toolbar (Joomla 1.5.x)

Template Toolbar adalah perisian standalone yang boleh beroperasi sendiri tanpa sebarang perisian lain. Ia sesuai bagi mereka yang ingin membangunkan template untuk Joomla versi 1.5.x! Walau bagaimanapun, ia hanya boleh digunakan di dalam komputer Windows sahaja...

4. J960 (Joomla 1.5.x)

J960 adalah sebuah framework (kerangka) yang boleh di install ke dalam Joomla. J960 membolehkan konsep Sistem Grid 960 (kerangka orientasi paparan CSS yang fleksibel) diaplikasikan ke dalam Joomla. Ia sebenarnya adalah template dalam template, dan ia TIDAK SESUAI untuk diaplikasikan ke dalam sebuah halaman Joomla komersil! Gunakannya hanya jika anda adalah seorang pembangun template dan install j960 ke dalam halaman Joomla yang memang digunakan khas untuk tujuan membangunkan template sahaja...(LIHAT CONTOH TEMPLATE)



5. Rumi Framework (Joomla 1.5.x)

Rumi Framework sesuai digunakan untuk membangunkan template Joomla versi 1.5.x. Ia boleh di install ke dalam Joomla sebagai template yang boleh diubahsuai secara lebih fleksibel berbanding template biasa! Oleh kerana ia bukan extension, ia tidak memerlukan sebarang fail khas lain untuk berfungsi.(KLIK DI SINI untuk melihat maklumat lanjut dan demo Rumi)

» Lihat Senarai lengkap aplikasi pembangun template Joomla

Pengarang: Syamsul telah bekerja di Kolej Komuniti Sabak Bernam sejak tahun 2004 dan mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai kursus berkaitan diagnosis komputer, rangkaian komputer, multimedia, serta pembangunan halaman web. Blog ini dibina sebagai tapak perkongsian ilmu berkaitan Joomla yang beliau terokai.