Ubahsuai tema (template) Joomla
Ada beberapa kaedah untuk anda ubahsuai tema (template) Joomla anda:
- MUAT TURUN dan Install template
- BINA dan Install template
Sekiranya anda dapati template yang anda gunakan (sama ada yang anda download atau sedia ada) tidak menepati cita rasa, mungkin sudah sampai masa untuk anda mengubahsuainya. Untuk mengubahsuai template, ikuti langkah-langkah berikut:
1. Login ke dalam pengurusan Joomla
2. Klik pautan Extensions > Template Manager
3. Klik pada pautan template anda (default)
4. Ubahsuai penampilan template anda menggunakan menu pilihan ubahsuai yang disediakan (jika ada)
5. Klik butang Edit HTML atau Edit CSS untuk membuat pengubahsuaian lebih mendalam (anda memerlukan pengetahuan pengaturcaraan HTML dan CSS untuk ini). Klik butang Preview untuk melihat hasilnya dan Save untuk menggunakan template yang telah diubahsuai ini.
Menu Template Manager |
HTML Editor |
CSS Editor |
Paparan (Preview) Template yang diubahsuai |
Pengarang: Syamsul telah bekerja di Kolej Komuniti Sabak Bernam sejak tahun 2004 dan mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai kursus berkaitan diagnosis komputer, rangkaian komputer, multimedia, serta pembangunan halaman web. Blog ini dibina sebagai tapak perkongsian ilmu berkaitan Joomla yang beliau terokai.
0 ulasan